Pengubahsuaian premis asasnya ialah menjadikan suasana dalamannya sama dengan gua. terutamanya gelap dan lembab. Antara ubahsuai utama dilakukan ialah :-
- Penutupan pintu dan tingkap
- Pembinaan lubang pengudaraan
- Penyediaan pintu masuk
- Penyusunan bluti di siling sebagai tempat pembiakan
- Sistem irigasi dalam dan luar bangunan bagi mengawal suhu
- Mem
asang sistem audio
Suasana persekitaran yang diperlukan dalam rumah burung ialah suhu yang setabil antara 25 hingga 28 darjah celsius, kelembapan antara 80 hingga 90 peratus dan kegelapan kurang dari 1 lux ** 1 lux bersamaan 2 batang cahaya lilin
Bumbung bangunan hendaklah dibuat daripada bahan-bahan yang dapat menahan kepanasan matahari.Pembinaan persekitaran yang sesuai telah menyebabkan burung walit sesuai dengan habitat barunya dan memberi pulangan yang tinggi kepada pemiliknya.
Pembinaan Rumah Burung layang-layang
Mengikut buku Amalan Baik Untuk Perladangan Burung layang-layang/ Aerodramus dan Perumahannya” terbitan Jabatan Perkhidmatan Haiwan, premis hendaklah dibina di atas tanah pertanian atau perusahaan pada jarak minima 100 meter dari kawasan kediaman. Disamping itu kelulusan daripada click di sini --> Pihakberkuasa Tempatan perlu diperolehi.
Reka bentuk bangunan perlulah berdasarkan kepada kehendak dan keperluan burung bagi menjamin burung walet akan menetap dan terus menetap. Rumah walet perlu disediakan roving room kerana semasa memasuki bangunan burung walit akan berputar-putar dulu mengikut putaran jam sebelum menuju ke sarangnya. Resting room perlu disediakan sebagai tempat burung walit beristerehat dan membina sarang. Lubang keluar masuk burung sesuai diletakan di bahagian atas bangunan dengan arah bertentangan daripada matahari naik atau jatuh bagi menjaga kegelapan dalam bangunan. Antara ciri-ciri lain rumah walit yang perlu diambil kira dalam pembinaannya ialah ;-
- Sistem ventilasi bagi mengawal suhu
- Bahagian dalam terlindung dari cahaya matahari
- Ketinggian ideal melebihi 15 kaki dengan keluasan melebihi 20 kaki persegi
- Penyediaan beluti untuk burung bersarang
- Kalis tikus, ular, biawak dan pemangsa.
- Pemasangan sistem audio
- Notis amaran di lokasi sesuai.
Keluasan minima 20 X 30 kaki. Lebih ekonomik jika dibina bertingkat. Ketinggian dari lantai ke bumbung antara 6 hingga 15 kaki. Bahagian dalam bangunan diplaster dengan campuran pasir, kapur dan simen. Bahagian luar dengan campuran pasir dan simen sahaja.
Tempat burung layang-layang berehat dan membuat sarang dibuat petak-petak daripada papan yang kuat serta dilekatkan di bahagian siling bangunan.
Sistem paip jaringan (sprinkle) diletakan pada bahagian bumbung dan dalam bangunan. Bila cuaca panas paip dipasang bagi menjamin suhu sentiasa rendah dan kelembapan tinggi.
Pintu keluar masuk burung berukuran 20 X 20 cm dibina dibahagian atas bangunan.
Pemasangan Sistem Audio
Sistem audio dipasang bagi dimainkan suara burung pada waktu tertentu bertujuan bagi memanggil burung masuk kedalam bangunan , membuat sarang dan seterusnya meningkatkan pengeluaran. CD dengan suara burung yang berlainan digunakan untuk memanggil burung , membuat sarang dan meningkatkan pengeluaran.
Pada pintu masuk dipasang minima 2 buah tweeter dan dimainkan pada awal pagi dan petang bertujuan memandu burung masuk kedalam bangunan. Bagi bangunan berukuran 20 X 30 kaki, minima 10 buah tweeter dipasang pada bahagian siling bangunan secara tersebar bertujuan untuk mengundang burung bersarang dalam bangunan.
No comments:
Post a Comment