Penggunaan kayu dan jenis kayu juga perlu diambil serius dalam perusahaan Burung Walet ini, dan ia boleh menjadi salah satu penyebab Perusahaan ini GAGAL.
Jenis Kayu / sisip yang sering di gunakan dalam rumah Burung Walet ialah kayu MERANTI,
3 KUALITI MERANTI YANG SERING DI GUNAKAN OLEH PENGUSAHA BURUNG WALET DAN KONTRAKTOR PEMBINAAN IALAH MERANTI ........ >>
3 Kualiti Meranti yang digunakan menentukan KETAHANAN sisip.
Sifat – sifat kayu.
Sifat – sifat kayu pada tiap-tiap jenis itu bergantung kepada susunan dan jenis-jenis sel
beserta dengan banyaknya bahan-bahan kimia seperti kanji, gula, getah, damar, minyak, bahan warna ( starch ), gam dan sebagainya yang terkandung di dalamnya.
1. Ketahanan ( durability )
- Bergantung kepada jenis bahan ketahanan serangga di dalam sel-sel dan dinding sel yang
boleh membunuh serangga dan menahan kulat daripada tumbuh.
2. Kekuatan ( strenght )
- Bergantung kepada jenis dan keadaan sel-selnya.
3. Kepadatan ( density )
- Bergantung kepada keadaan dan saiz sel serta tebal dindingnya dan banyak bahan-
bahan kimia seperti getah dan damar di dalam sel-selnya.
4. Kekerasan ( hardness )
- Bergantung kepada keadaan dan saiz sel serta tebal dindingnya, biasanya kayu keras
mempunyai sel-sel kecil berdinding tebal yang tersusun rapat dan dipenuhi oleh damar.
5. Kayu lembut ringan ( light softwood
- Biasanya mempunyai sel –sel berdinding nipis
6. Bunga atau ira ( figure )
- Satu perkataan bagi kayu yang mempunyai urat dan warna yang menarik ( texture, grain
and colour )
- Pembentukkan bunga atau ira disebabkan:-
- Susunan sel-sel kayu dan cara pembelahan yang boleh mengeluarkan bunga lapisan tumbesar atau bunga jejari empulur ( growth ring figure or medullary ray figure )
- Perubahan dan pertelingkahan urat berkedut dan urat lurus(wary grain and ribbon grain)
- Kerosakkan batang pokok seperti pangkal dalam tunas, mata kayu dan parut luka.( nots, curls, birds eye and crocthes)
No comments:
Post a Comment